Kurangkan Pengambilan Gula


Parental Influence


Kajian yang bertajuk "Parental Influence of Government 's Oral Health Personnel On the Oral Health Status of Their 5-12 Years Old Children in Kelantan" telah dipersembahkan oleh Dr. Jessina Sharis Othman @ Osman dalam pertandingan poster di Kelantan Health Conference 2013.

Karies Gigi & Penyakit Gusi


Sudahkah anda membuat pemeriksaan pergigian pada tahun ini?

Dengan pemeriksaan pergigian secara berkala anda akan dapat mengetahui lebih awal jika anda mempunyai masalah pergigian dan memastikan kesihatan pergigian anda dalam keadaan baik.
  • Lakukan pemeriksaan sekurang-kurangnya setahun sekali. 
  • Kunjungi Klinik Pergigian berdekatan dengan anda. Bawa ahli keluarga untuk melakukan pemeriksaan dan mendapatkan nasihat kesihatan pergigian daripada Doktor dan Jururawat Pergigian...

"Mencegah adalah lebih baik dari Merawat. Sekarang... jangan bertangguh!"

Hmmm Nafas Berbau??


 

Awas! Mungkin terdapat jangkitan dalam mulut anda jika nafas anda berbau. Contohnya kerosakan gigi, penyakit gusi, lesi mulut atau bekas cabutan gigi yang tidak sembuh.

Keadaan mulut yang kurang bersih disebabkan oleh sisa makan dan plak yang tidak dibersihkan dengan baik akan menyebabkan nafas anda berbau. Rakan-rakan dan orang berdekatan akan memalingkan muka atau menjauhkan diri semasa anda berbual adalah tanda-tanda anda mungkin mengalami masalah ini.

Dapatkan pemeriksaan dan nasihat kesihatan pergigian di klinik pergigian berdekatan dengan tempat anda. Nafas yang segar bermula dari mulut yang bersih dan sihat !!

Program Promosi Kesihatan Pergigian di Pasar Siti Khadijah

Baru-baru ini bersempena dengan Program Promosi Kesihatan, Bahagian Kesihatan Pergigian Negeri Kelantan telah turut serta mengadakan Promosi Kesihatan Pergigian. 



Program yang telah diadakan pada 29 Jun 2013 ini, turut melibatkan pemeriksaan kesihatan oleh Bahagian Kesihatan Awam dan pameran dari Bahagian Farmasi. Selain itu, kuiz kesihatan pergigian juga turut diadakan untuk memeriahkan lagi sepanjang program berlangsung.


Terima kasih kepada para pengunjung yang turut hadir untuk sama-sama menambah pengetahuan dan mendapatkan info terkini berkaitan kesihatan pergigian.

Lawatan Bahagian Kesihatan Pergigian Negeri Sarawak

Pada 27 Jun 2013 Bahagian Kesihatan Pergigian Negeri Kelantan menerima kunjungan rasmi daripada Bahagian Kesihatan Pergigian Negeri Sarawak.
Lawatan tetamu-tetamu kami bermula di Pejabat Timbalan Pengarah Kesihatan (Pergigian) Negeri di Kota Bharu dan Dr. Kamariah (KPPK1) telah menyampaikan presentation mengenai Perkhidmatan Kesihatan Pergigian di Negeri Kelantan
Seterusnya mereka dibawa ke Klinik Pergigian Sekolah Kebangsaan Sri Kiambang di Pasir Mas. Kunjungan mereka disambut penuh meriah oleh guru-guru dan murid-murid SK Sri Kiambang.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga khas kepada Guru Besar SK Sri Kiambang Tuan Haji Hassan Bin Awang kerana kerjasama dan sokongan beliau terhadap Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Negeri Kelantan khususnya di daerah Pasir Mas. Tak lupa juga kepada Cikgu Jawahir Mat Diah (Guru Kesihatan) dan semua guru-guru yang banyak membantu kami.
    

Lawatan ke Klinik Pergigian SK Sri Kiambang dengan JP dan PPK bertugas, Puan Sarimah dan Puan Norhaslinda.
                                      
Mencari unggas di tepi perigi,
Perigi bertutup kelapa di kali,
Kunjungan tuan tersemat di hati,
Semoga kita berjumpa lagi..