Rawatan Ortodontik Untuk Masalah Gigi Tidak Teratur

Maloklusi adalah masalah gigi tidak tersusun atau gigitan tidak teratur. Jenis-jenis maloklusi yang biasa ditemui adalah:
  • Kesesakan (crowding)
  • Gigi jongang
  • Gigitan terbalik
  • Gigitan silang
  • Gigitan terbuka

Masalah Gigitan Terbuka   
Punca-punca maloklusi
  • Saiz rahang dan gigi tidak seimbang
  • Tabiat menghisap jari, puting atau menggigit objek berpanjangan
  • Kecacatan tumbesaran rahang akibat trauma / kanser / semulajadi
  • Kehilangan gigi susu yang tidak mengikut jadual
  • Kekurangan atau terdapat gigi berlebihan
Sekiranya maloklusi dikesan pada peringkat awal, rawatan ortodontik pintasan (interceptive) boleh dilakukan bagi membetulkan maloklusi atau mengurangkan keterukan maloklusi.

Oleh itu, kunjungilah doktor pergigian untuk mendapatkan khidmat nasihat

Masalah kesesakan gigi dan gigitan terbalik
Rawatan Orthodontik
 Selepas Rawatan Orthodontik

1 comment:

  1. saya merupakan pelajar umk...ingin tanya bolehkan saya dapat rawatan orthodonik di klinik kerajaan dan bagaimana proses permohonanya?

    ReplyDelete